Welcome to SK ENCIK BUYONG!

     Pengguna Online
There are currently, 2 guest(s) and 0 member(s) that are online.

You are Anonymous user. Anda boleh mendaftar secara percuma dengan klik DISNI

     Koleksi Artikel
Tuesday, June 19
· PERUTUSAN YDP PIBG SKEB
Sunday, April 01
· SEJARAH SK ENCIK BUYONG

     Akhbar Tempatan
· 1: Berita Harian
· 2: Utusan Malaysia

UCAPAN GURUBESAR SK ENCIK BUYONG



 

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin Nya SK.Encik Buyong terus meningkat maju dalam aspek kemudahan untuk urusan pengajaran dan pembelajaran, menimba ilmu untuk terus maju.

Terima kasih kepada PIBG SK.Encik Buyong atas usaha dan dapat membiayai mengwujudkan Laman Web SK.Encik Buyong mulai tahun 2005 ini. Terima kasih juga daripada masyarakat SK.Encik Buyong kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Sarawak kerana membekalkan sebuah Makmal IT yang kita anggap begitu canggih.

Dengan wujudnya Laman Web ini maka mudahlah masyarakat khasnya ibu bapa (PIBG), murid, guru dan pentadbir berurusan, mendapat maklumat dan berinteraksi demi untuk kemajuan bersama.

Selaku Ketua Pentadbir SK.Encik Buyong, saya berharap benar agar semua pihak memanafatkan Laman Web SK.Encik Buyong in seoptimum boleh dan tidak menyalahgunakannya menjurus ke arah negatif, kerana dengan amalan sikap negatif, pemikiran negatif dan tindak-tanduk negatif akan merugikan diri kita,masyarakat kita dan seterusnya anak bangsa kita akan ketinggalan arus kemajuan. Kita tidak mahu anak bangsa kita menjadi “Katak Bawah Balang Kaca”.


 UPSR 2008

Artikel umumPada 9.9.08 seramai 195 pelajar menduduki UPSR. Satu perhimpunan ringkas telah diadakan sebelum ujian dijalankan. YDP PIBG SKEB turut hadir untuk memberi semangat dan sokongan moral kepada semua pelajar yang akan menduduki ujian tersebut. Ujian dijalankan selama tiga hari. Semoga pelajar SKEB lulus dengan cemerlang.




Dihantar oleh admin on Tuesday, September 09 @ 22:49:04 CDT (14 reads)
(Read More... | Score: 5)

 SELAMAT BERPUASA DAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Artikel umumAnonymous writes " Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SKEB, PIBG dan pengunjung laman web kami. semoga kita semua dirahmati allah SWT.
"

Dihantar oleh admin on Saturday, September 06 @ 09:22:07 CDT (15 reads)
(Read More... | Score: 0)

 HARI SUKAN SKEB 2008



Walaupun bermacam-macam rintangan yang menghalang akhirnya dapat juga sukan sekolah dijalankan dengan jayanya. Biasanya sukan sekolah dibuat dwi tahunan. Hari sukan SKEB dilangsungkan pada 12.05.2008 yang lalu di Stadium Negeri Sarawak. Hari sukan tahun ini berlangsung di dua tempat. Acara padang diadakan di sekolah dan acara balapan diadakan di Stadium Negeri. Upacara perasmian telah dilakukan oleh YDP PIBG SKEB.


Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SKEB.

Dihantar oleh admin on Thursday, September 04 @ 20:57:34 CDT (36 reads)
(Read More... | 2159 bytes more | Score: 0)

 Hari Merdeka

Artikel umum

Warga SKEB telah menyabut hari merdeka pada 29.8.08 yang lalu. Satu perhimpunan ringkas tapi meriah telah diadakan didewan SKEB yang dihadiri oleh YDP PIBG SKEB Tuan Hj Wan Mohd Zain b. Wan Mahza.

Wakil guru pelatih KPLI En Kenneth menyerahkan bendera Jalur Gemilang
gergasi yang dihasilkan oleh mereka kepada YDP PIBG SKEB.

YDP PIBG bersama pihak pentadbir meraikan hari merdeka.

Dihantar oleh admin on Tuesday, September 02 @ 22:40:37 CDT (27 reads)
(Read More... | 1344 bytes more | Score: 0)

 BANK RAKYAT BAGI ZAKAT KEPADA SKEB 2008

Artikel umumPada 16.06.2008, Bank Rakyat sekali lagi memilih SKEB untuk menyumbang zakat perniagaan mereka. Kali ini giliran Pn. Sharvina bt Sarbini dan En. Hipni b. Barahim mewakili Bank Rakyat dan pihak sekolah diwakili oleh YDP PIBG untuk menerima zakat tersebut yang berjumlah RM40,800.00. Satu acara ringkas dan penuh berkat telah diadakan untuk upacara akad yang telah dilakukan oleh pihak Bank Rakyat dihadapan murid-murid SKEB. Pihak sekolah sangat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih.

Ucapan ringkas oleh Pn. Sarvina yang mewakili Bank Rakyat

Dihantar oleh admin on Monday, July 09 @ 11:05:54 CDT (162 reads)
(Read More... | 2612 bytes more | Score: 0)

 KALIAN TETAP SEGAR DALAM INGATAN

Artikel umum


Kami warga SKEB merakamkam Selamat Bersara dan berpindah kepada warga pendidik SKEB pada tahun 2006 dan 2007. Semoga tuhan memberkati khidmat cikgu semua.

1. Tuan Hj Mahidi b. Pehak (Bekas Guru Besar SKEB - Bersara wajib)
2. Tuan Hj Bolhassan B. Bujang (Bekas Penyelia Petang - Berpindah menjadi Guru Besar SK Muara Tebas, Kuching).
3. En. Adenan Jahawi (Bersara Wajib)
4. Pn. Mahani Johari (Bersara Wajib)
5. Miss Pauline Lim (Bersara Wajib)
6. Pn. Chew (Bersara Wajib)
7. Pn Roseline Abeng (Berpindah ke Terengganu)

KENANG KAMI DALAM LIPATAN MEMORI

Dihantar oleh admin on Friday, July 06 @ 03:02:03 CDT (167 reads)
(Read More... | 1320 bytes more | Score: 4.66)

 GOTONG ROYONG PERDANA 2007

Artikel umum


Pada 30 Jun 2007 telah diarah kepada semua sekolah di seluruh negara untuk mengadakan Gotong Royong Perdana. Sekolah kami tidak ketinggalan melaksanakan aktiviti ini dan telah mendapat sokongan daripada PIBG yang dipimpin oleh YDP PIBG Tuan Hj Wan Zain b. Wan Mohza. Mereka turut turun padang untuk bersama-sama menyahut seruan yang mulia ini disamping mengeratkan silatulrahim diantara anak-anak, guru-guru dan para ibu bapa yang lain.

Dihantar oleh admin on Saturday, June 30 @ 08:47:57 CDT (160 reads)
(Read More... | 1669 bytes more | Score: 5)

 LAWATAN KPPM BTMK

Artikel umum


Kami warga SK. Encik Buyong, Kuching, Sarawak merakamkan jutaan terima kasih diatas lawatan Tuan Ketua Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kementerian Pelajaran Malaysia bersama rombongan Ke Makmal Komputer SKEB. Semoga lawatan tersebut menjadi kenangan semasa berada di Kuching, Sarawak.



Dihantar oleh admin on Tuesday, June 26 @ 09:15:55 CDT (266 reads)
(Read More... | 3161 bytes more | Score: 3.5)

 JOM!!! Lawat Sekolah

Artikel umum



Jom! Kita round-round tengok sekolah .......

Inilah pemandangan secara dekat kandungan isi pati SKEB. Selamat bersiar-siar melawat sekolah kami dengan lebih dekat.....Jemputlah masuk... Welcome to SKEB



Dihantar oleh admin on Monday, June 25 @ 23:35:59 CDT (253 reads)
(Read More... | 2012 bytes more | Score: 3.66)

 PERUTUSAN YDP PIBG SKEB

Artikel umum



Hj Wan Mohd. Zain b. Syed Madzhar


Bismillahirahmanirahim,

Alhamdullillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya SK Encik Buyong yang kita kasihi ini dapat mengwujudkan Laman Web.

Saya selaku YDP PIBG berasa sangat berbangga kerana dengan kerjasama erat di antara guru dan pihak PIBG maka dapatlah kita seiring dan sejalan dengan sekolah-sekolah lain di Negara ini yang dapat menikmati era kemodenan semasa.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru para ibu bapa supaya melayari laman web ini seoptimum yang bolah demi kebaikan anak-anak kita. Menerusi laman web ini kita akan dapat mengetahui segala aktiviti yang anak-anak kita lakukan semasa berada di sekolah dan juga boleh mendapat maklumat terkini mengenai standard akedemik mereka iaitu samada mereka semakin meningkat atau sebaliknya di dalam bidang akedemik mereka.


Akhir kata, syabas diucapkan kepada Unit Multi Media kerana telah berjaya mengwujudkan laman web ini.

Dihantar oleh admin on Tuesday, June 19 @ 08:54:01 CDT (194 reads)
(Read More... | Score: 5)

Forum Perbincangan

Topics  Replies   Author   Views   Last Post 
 Pengumuman 0 hbm 138   04/01/2007 at 09:56 
hbm Latest Post
 


     Info Pengguna
Selamat Datang, Anonymous
NamaID
Password
Security Code: Security Code
Type Security Code

(Register)
Membership:
Latest: adila
New Today: 0
New Yesterday: 1
Overall: 28

People Online:
Visitors: 2
Members: 0
Total: 2

     Total Hits
We received
27510
page views since September 2005

     Big Story of Today
There isn't a Biggest Story for Today, yet.




PENAFIAN: Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.
oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo



PHP-Nuke Copyright © 2006 by Francisco Burzi. This is free software, and you may redistribute it under the GPL. PHP-Nuke comes with absolutely no warranty, for details, see the license.
Page Generation: 0.80 Seconds